Wednesday, 5 August 2015

Setelah sekian lama.

Hai.


Lamanya tak menaip kat sini. Niat ada tapi macam macam lah halangan. Dari start kerja, pjj ngn suami, mengandung sekarang dah selamat melahirkan pun. Cuti bersalin pun hanya tinggal seminggu je lagi. Banyak nak cerita ni, tentang pengalaman mengandung, bersalin, berpantang dan penyusuan. Sekarang tengah sibuk menimba ilmu tentang penyusuan dan membiasakan diri menjadi ibu. Aku berazam nak menyusukan anak aku Adam Haikal secara penuh (fully breastfeed) selama yang boleh sekurang-kurangnya sehingga Adam berusia 6 bulan.


Nanti nanti ada masa aku akan cerita satu persatu. Moga aku diberi kerajinan hihi.









Auf Wiedersehen (Jumpa lagi)..



Kursus Induksi

Assalamualaikum.

Perasaan teruja,berat hati,sedih,risau bercampur baur sebenarnya sekarang ni. Teruja sebab hujung minggu ni aku dijadualkan untuk pergi ke Kursus Induksi dan Kursus Asas Keimigresenan di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di Port Dickson, setelah menundanya tahun lepas kerana mengandung. Kalau dulu di waktu single,belum berkahwin atau belum ada anak aku memang sangat sukakan aktiviti sebegini namun kini rasa keterujaan itu telah ditenggelamkan oleh rasa berat hati, sedih,risau kerana terpaksa meninggalkan anakku,Adam Haikal yang baru berusia 7 bulan lebih selama sebulan lamanya,dahla masih menyusu badan..aduiiii resah hati mama dibuatnya.

Memang ramai yang bertanyakan tentang anak aku bila aku gi kursus nanti. Ada yang selitkan pertanyaan tu dalam nada provokasi pun ada juga..”Nanti pergi kursus mesti rindu anak” Perlu ke cakap macam tu, kenkadang takde motif lah diorang ni dalam menuturkan kata. Ofcozlah  rindukan anak, masa belum ada anak dulu dan ber’PJJ’ dengan suami dulu pun dah rindu suami  setengah mati, ini pulak anak yang kita kandung dan jaga selama ini. Tapi aku buat endah tak endah saja perasaan itu,takut dilayan perasaan kang ada yang cancel pergi kursus kang. Tapi nak buat mcm mana dilema ibu bekerjaya memang macam ni. Lagi lambat kursus lagi lambat ‘confirm’ jawatannya. Exam dua dua dah lulus cuma tunggu setel kursus sahaja lepas tu boleh ‘confirm’….. Haishh…

Adam pun kami berdua(papa dan mama dia) telah memesan berulangkali supaya mahu minum susu tepung dan tinggal baik-baik dengan wan dan aki nya nanti sepanjang mama berkursus. Walaupun Adam tak faham apa-apa sebab baru 7 bulan lebih tapi mungkin sikit sebanyak ianya tertanam dalam minda separa sedarnya tu..(macam pakar motivasi je ayat aku..huuu)

Kelengkapan rasanya dah lengkap. Kelengkapan mengepam harus dibawa juga sekadar nak melegakan daripada mengalami bengkak susu. Nak simpan susu yang diperah kang leceh pula. Dengan jadual yang sangat-sangat padat dan ketidakbolehan menerima pelawat dan juga keluar dari situ sepanjang kursus. Cuma masih berfikir-fikir nak minta ‘excuse’atau tidak daripada melakukan aktivit lasak kerana baru lepas bersalin,anak baru 7bulan. Tapi mungkin aku cuba dulu lah kalau tak larat atau rasa risau kesihatan diri nanti baru aku mintak ‘excuse’. Semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalani kursus ni dan meninggalkan anak tersayang di bawah jagaan papa serta wan dan aki nya di kampung.

Dan juga semoga ditabahkan hati untuk tidak menangis  nanti bilamana aku terpaksa mengepam susu dan seterusnya susu tersebut terpaksa dibuang. Waaaa….

Adam Haikal 7 bulan setengah

Tuesday, 31 March 2015

Memperkenalkan....




Assalamualaikum.

Memperkenalkan ini lah hero permata hati anak bujang putera cinta hati mama. Haaa punya panjang... Nama diberi Adam haikal Bin Hasan. Lahir pada 16.12.2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berat masa lahir 3.5 kg secara normal with vaccum. Sihat sejahtera tiada kuning dari lahir. Alhamdulillah. Banyak benda nak cerita ni. Coming soon next post. Heee :)



Cakk!!


Friday, 6 March 2015

Halangan ke luar negara? Meh check sini

Hai.

Nak tanya something ni,anda pernah tak pergi ke luar negara? Oversea lah omputih cakap. Aku pernah pergi Thailand je. Teringin sangat nak pergi negara omputih takpun  negara yang ade salji tu hm mesti seronok kan main salji..huhu...tapi bukan pasal impian aku yang aku nak cerita kat sini sekarang, tapi nak bagitahu korang boleh check kat laman web Imigresen samada korang ni ada halangan tak nak ke luar negara. Jangan pula nanti dah booking tiket ke London ke Paris ribu riban, sweater tebal dah beli, hotel dah booked tetiba kat airport kena sekat pula dari keluar negara..tak ke haru?ni aku ade sertakan link korang boleh check kat sini. Masukkan je no IC korang pastu boleh check dihalang ke tak.. Kalu ada halangan hah ada lah masalahnya tu better korang pergi ke pejabat Imigresen terdekat secepat mungkin. Kalu takde halangan..hah apa lagi..selamat terbang lah..heheh :)




Klik kat sini --> http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx


Wednesday, 9 April 2014

Jawatan Kosong Kerajaan April 2014

Hai

Assalamualaikum. Saja nak share. Bulan April ni ada pengambilan untuk beberapa jawatan kosong dalam kerajaan. Tarikh tutup 20 April 2014. Sila mohon melalui SPA8i (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp) dan kemaskini maklumat anda cepat2 ye. Mana tahu rezeki. Sila layari portal SPA untuk keterangan lanjut.  (http://www.spa.gov.my/Portal/)