Wednesday 9 April 2014

Jawatan Kosong Kerajaan April 2014

Hai

Assalamualaikum. Saja nak share. Bulan April ni ada pengambilan untuk beberapa jawatan kosong dalam kerajaan. Tarikh tutup 20 April 2014. Sila mohon melalui SPA8i (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp) dan kemaskini maklumat anda cepat2 ye. Mana tahu rezeki. Sila layari portal SPA untuk keterangan lanjut.  (http://www.spa.gov.my/Portal/)




Keputusan Temuduga Pegawai Imigresen KP17 7April 2014

Hai
Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. 


Ida nak share satu berita gembira ni. Ingat tak cerita yang ida share pasal temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 haritu. Kalau tak ingat boleh baca kat sini. 




Result dari portal SPA. Boleh juga check melalui email.  


Result dah pun keluar pada 7 April 2014. Alhamdulillah. Syukur sangat2 ida berjaya dan lulus temuduga tu. Rasa gembira sangat. Memang ida sangat berharap untuk dapat jawatan ni selepas 2 kali gagal temuduga kerajaan ni. Sekarang ni cuma perlu tunggu surat tawaran dan surat lapor diri.

Alhamdulillah atas rezeki dan peluang yang diberikan padaku. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar dan berjaya dalam kerjaya baruku ini. Amin.
Tak selamanya RODA BERADA DI BAWAH. :)

 Ps : Sapa2 yang berjaya juga mehla kita kongsi2 berita sesama kita. Hehe 



Friday 4 April 2014

Roda berada di bawah.

Hidup ini tak selamanya indah, tak selamanya di atas, tak selamanya senang tak selamanya gembira tak selamanya bahagia macam cerita dongeng omputeh tu. Kadang ada masanya dalam hidup kita rasa down sangat,rasa tak berguna sangat, rasa seolah semua orang di sekeliling ketawakan kita. Itu normal bagi setiap orang. Mungkin sebab kerjaya, mungkin sebab keluarga,mungkin sebab kewangan,mungkin juga sebab semua sekali. Kita boleh abaikan dan menidakkannya sekali sekala, tapi tak kan mampu untuk menipu perasaan kita setiap masa.

Namun bezanya kita tak boleh sewenang-wenangnya meluah, memberitahu, hatta memberi hint sekalipun kerana akan dikatakan membuka pekung sendiri. Maka jadilah kita seorang hipokrit dan pemendam rasa. Apa boleh buat begitu banyak peraturan dan pantang larang hidup kita. Suka atau tak suka terpaksa terima. Tapi insyaAllah tiada halangan tiada undang-undang tiada sapa yang berhak marah kalu kita nak mengadu pada Allah. Cuma kadang-kadang hati ini mahu juga ada seorang manusia yang mampu mendengar dan boleh dipercayai namun diri ini sememangnya bukan orang sebegitu mudah membuka cerita. Pening pening. Maka tulisan ini adalah penggantinya.

Allah lebih mengetahui.
Moga diperkuatkan hatiku.

Salam.

Friday 28 March 2014

Temuduga SPA Pegawai Imigresen KP17 23Mac2014

Assalamualaikum.
Hai semua.

Setelah lama tak menulis harini ida nak share pengalaman ida interview suruhanjaya perkhidmatan awam(SPA) untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17.
Tarikh: 23/3/2014
Hari:Ahad
Tempat: Putrajaya.
Masa: 8pagi

Ida terima surat panggilan lebih kurang 2  minggu sebelum tarikh interview.Mula2 dapat sms ,pastu ida check kat email,memang sah panggilan interview. Beberapa hari kemudian sampailah surat panggilan ke alamat rumah ida. Perasaan masa dapat tahu dipanggil interview? Takde perasaan sangat, ada sikit perasaan suka, berharap, tapi tidak terlalu berharap sebab ni kali keempat dipanggil interview SPA, semuanya gred 17 tapi jawatan lain-lain lah. Pertama dan kedua gagal, yang ketiga ida tak hadir sebab masa tu agak berputus asa. huhu. Kali ni ida pergi jugalah sebab my mum bebel2 dan nasihat jangan putus asa. Ida bukan apa bosan juga dengan pertikaian penemuduga sebab ida lulusan ijazah tapi mohon jawatan gred spm. Pulak tu masa interview suruh pulak kita mintak jawatan selaras lulusan ijazah kat jobmalaysia lah apa lah. Kita penat2 pergi interview tapi ditolak secara halus macam tu geram juga. Rasa nak je jawab macam ni " Kalau saya tak hendakkan kerja ni takdelah saya mintak kat SPA ni. Saya tak kisah langsung kerja gred spm asalkan dapat kerja kerajaan. Kalau puan kisahkan sangat pasal ijazah saya ni, kenapa panggil lulusan ijazah macam saya ni datang interview? Buat susah je dahla datang sini pinjam kereta kawan" Huhu malangnya jawab dalam hati saja. Muka maintain senyum walau hati geraaaam sangat. Sape2 ada idea nak balas kalau diorg pertikai camni share lah ye. Jawapan yang sopan tapi tegas. haha lari topik jap.


Ok hari ahad tu suami ida tak keje jadinya dia lah yg hantar sampai putrajaya tu. Ok untuk jawatan ni ada ujian  fizikal jadinya pergi terus berpakaian sukan. Ujian fizikal tu termasuk BMI, pancaindera,rabun warna, dan kawad. Bawak pakaian sopan aka baju kurung kasut tutup dalam beg. Ujian fizikal di tingkat 7.Tengok agak ramai juga mungkin dekat 100orang. Diberi borang, nombor dan diberi taklimat dahulu. Ada 3 orang pegawai, 2orang perempuan, 1orang lelaki. Ida nombor 9. Oh ya, ujian fizikal ni wajib lulus semua sekali kalau gagal mana2 bahagian dikira gagal terus taw. Semua agak cuak haha. Mula2 sekali ujian BMI (Body Mass Index) syaratnya perlulah antara 19-26. Yang ni ida lulus BMI ida 25.33 sikiiit je lagi nasib baik lepas. Second ujian rabun warna, yang ni pun ida lepas, syukur. Third ujian mata,syarat harus lulus 6/9 ini pun lepas ida memang tak rabun. Yang last,dia panggil sorang-sorang  masuk dalam bilik. Dalam tu ada 2 pegawai perempuan, dia suruh buka baju dan tudung dan seluar disingkap sampai lutut (setakat aurat perempuan islam lah). dia check badan, dia ada tanya ada buat pemebedahan apa2 tak,ida jawab la xde. dia suruh depakan tangan nak check tangan ada bengkok ke tak. Pastu dia suruh pakai baju dan dia tanya boleh kawad tak ? ida jawablah boleh dan disuruh kawad. ida kawad jelah (seperti yang aku practice semalam dgn suamiku hahaha) Alhamdullilah ida lulus ujian fizikal dan disuruh ke tingkat 6 untuk sesi temuduga pula. Lega sekejap.

Sebelum ida tu, ida tengok ramai juga yang tak lepas baik lelaki ataupun perempuan. Nasib ida lepas.
(Penat aku diet tipu-tipu seminggu haha)

Ida turun tingkat 6, masuk toilet tukar pakai baju kurung kasut tutup dan daftar untuk temuduga pula. Ok masa ni dah start berdebar. Tengok ada 2 orang je perempuan dan 1 orang lelaki yang tengah tunggu giliran, Kiranya ramai yang tak lepas la ujian fizikal tadi. Baca2 sikit sambil berdebar pastu nombor ida dipanggil.
Masuk bagi salam dan ucap selamat pagi (ini tips ok), bagi sijil dan salinan sijil pastu duduk di kerusi di depan diorang. Ida tak berapa ingat sangat soalan diorang tapi inilah lebih kurang.

P:Penemuduga, I: Ida

P:Ceritakan tentang diri awak.
I: Nama saya bla...bla..bla..

P:Awak ada ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia, keputusan spm awak cemerlang,tapi awak mohon jawatan ni? (soalan ini dah memang sudah diagak)
I: (goreng saja)

P: Awak dah berkahwin ye? (belek2 kertas apa ntah)
I: Ya tuan.

P: Suami kerja apa?
I. Bla..bla..

P: Apa persediaan awak sebelum datang temuduga?
I: Saya buka laman web imigresen dan cari maklumat tentang jabatan imigresen dan saya juga baca pengalaman orang yang telah datang temuduga sebelum ini..bla..blaa....

P: Awak buka website kan? Apa yang awak jumpa kat situ?
I: Saya baca tentang fungsi jabatan, tentang akta dan undang2, tentang passport, tentang carta organisasi..bla..bla....

P: Jabatan Imigresen ni bawah kementerian apa dan siapa menterinya?
I : Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

P: Siapa Pengarahnya pula?
I: Pn Aloyah Bt Mamat.

P: Jika puan ida bekerja nanti, ketua puan menyuruh puan melakukan sesuatu bukan mengikut prosedur, apa yang puan akan buat?
I: (sedaya-upaya aku menjawab walaupun mereka cuba mempertikaikan jawapan aku..fuuhh)

Lepas tu bagi soalan KBKK pula. Memang tak aku jangka dan jawapan pun ikut terlintas dikepala aja. Memang menyesal tak prepare bab ni.

P: Ramai orang awam menyalahkan imigresen atas sebab kebanjiran PATI di Malaysia, apa pendapat puan ida?
I :(goreng sajaaaa)

P: Penjawat awam ni ramai dekat 1.4juta,rakyat malaysia pula lebih 24 juta, dah ramai dah ni kenapa masih susah lagi nak atasi masalah PATI ni? Dahla bayar gaji banyak kat penjawat awam ni.
I : (goreng lagiiii)

P:Apa pendapat puan ida untuk mengurangkan kebergantungan PATI dalam industri negara kita? Contoh macam dekat kilang2, restoran2, ladang2?
I: (gorenglah apa lagi sampai tak terjawab xde idea..waa nak nangis rasa)

Rasanya tu lah lebih kurang. Sebenarnya soalan dia bukan sebiji-sebiji,tapi soalan seterusnya lebih kepada respon kepada jawapan kita.Seolah macam bertali-tali gitu. Dan mereka mungkin akan cuba mematahkan hujah kita. .Jadi berhati2 semasa menjawab. Cubalah sedaya upaya untuk jawab. Kalau tak tahu jawab jelah tak tahu. Sebab mereka ni orang atasan dalam Jabatan Imigresen dan mungkin ada ilmu psikologi dan tahu kalau kita menipu.


Usaha sudah, sekarang doa dan tawakal saja. Keputusan 30/4/2014. Doakan ida ye.


UPDATED 8/4/2014 : 
-Result dah keluar semalam(7/4/2014).  Nak tahu ida dapat ke tak baca sini



Friday 21 February 2014

Tips Cantik : Bakal Pengantin..

Hai..

Assalamualaikum.

Jam kul 4pagi tapi mata tak mengantuk. Haish ber’eye‘ bag lagi lah mataku nanti. Sebelum ni jaga sangat tapi after setel majlis wedding malas sikit dah nak layan beauty regime ni. Ish teruk betul.

Ok sebenarnya ida nak share beberapa beauty tips sebelum majlis perkahwinan aritu.Semestinya seorang perempuan nak jadi yang paling cantik paling gojes paling berseri paling meletop dan segala lah yang paling vavavom semua on your wedding day. Ida tahu becoz ida pun pernah alami juga dulu. Hihi. Jom tengok tips-tips tersebut.

·                     3bulan  sebelum wedding:

Setiap malam sebelum tidur, ambil hirisan tomato, sesudu gula dan sesudu madu. Lenyekkan ke nak kisar ke tomato tu asal lumat dan sampai campuran bahan-bahan ini agak melekit. Kemudian sapu pada muka, biarkan sampai ia kering dan lepastu boleh basuh muka. 
*ida buat seminggu sekali aje,maklumla ‘rajin’ sangat. Pastu tak guna madu sebab takde. Guna tomato and gula je.*

Kalau ada extra budget, digalakkan pergilah buat facial juga once a month. Tak perlu pergi yang mahal2, asalkan buat. Rasanya harga pun tak sampai RM50.Sebab,terkadang2 muka kita ni ada kotoran yang degil dan tersumbat yang  hanya boleh dibuang dengan mesin dan juga tangan beautician tu (tapi time extraction kena tahan sikitla sebab sakit sikit nak nak kalu muka banyak batu bata haha) Hanya guna mesin atau extraction process  semua benda ni senang keluar.

·                     2 minggu sebelum  wedding:

Ida stop buat yang atas tu. Ida start pakai mask setiap malam atau selang sehari.Pakai mask untuk jadikan kulit muka lembab, jadinya bila dah lembab makanya keserian bakal pengantin tu akan terserlah. Haaa..gitu….Then, Seminggu sekali ida akan guna brightening mask. Untuk pengetahuan,tak boleh guna brightening mask tiap-tiap hari sebab akan menyebakan kulit muka menggelupas. Ish tak mahu kan.

Nak pakai mask ape? Mask ape2 jenama pon boleh ida xde spesifik brand yang ida guna. Selalu ida pergi beli kat Watson atau Guardian lah. Harganya pun dalam RM5 – RM10 sekeping. 

·                     2 hari sebelum wedding:

Malam sebelum tidur, cuci muka macam biasa dan kemudian bilas dengan air batu atau air sejuk. Nanti liang muka mengecil dan akan membantu aliran darah pada muka. Selain tu boleh juga balut airbatu guna tuala kecil pastu tekup pada muka dalam 15 minit. Tekup sekeliling muka sambil buat urutan membulat sikit supaya aliran darah berjalan lancar. Selawat-slawat sikit minta diberkati.Syok buat ni sejukk je rasa muka. Heheh..

·                     Pagi hari bersejarah itu (wedding day lah maksudnya..hehe) :

Ida akad nikah pagi jadinya pagi tu ida buat lagi sekali tekup muka dengan airbatu yang dibalut tuala kecil tu kira-kira 1 jam sebelum disolek.  Ini adalah untuk  segarkan wajah dan ada juga seorang jurusolek yang juga blogger kata ianya akan memudahkan kerja-kerja menyolek muka anda dan solekan pun akan tahan lama dan cantik.   
*ida rasa betul sebab memang muka lebih senang disolek dan tahan lama berbanding masa bertunang dulu.*

Selamat mencuba.  :)




Thursday 13 February 2014

Nasi Lemak Mudah, Sarapan hebat

Hai.

Assalamualaikum.

Sapa suka makan nasi lemak…angkat tangann (gaya guru tadika) hehehe..actually siapa yang tak suka makan nasi lemak. Makanan tradisi kita rakyat Malaysia tu. Kalau jadi orang Malaysia dan Melayu terutamanya tapi tak pernah makan nasi lemak tu membohong lah namanya tuu. Even now Nasi Lemak has become our signature food dan pelancong yang datang ke Malaysia yang tidak merasai nasi lemak kita ni memang tak lengkap percutiannya itu.Haaa betapa hebatnya nasi lemak kita. And even ade kes baru-baru ni Chef Wan ,chef selebriti kita tu telah memberi komen terhadap nasi lemak yang disajikan sebuah syarikat penerbangan sebagai “nasi lemak telanjang” dek kerana nasi lemak yang dihidangkan kepadanya sewaktu penerbangan tu tak cukup syarat.Kalau tak silap, ade nasi lemak, sambal dan telur mata je sebijik. Ish2…memang kene la syarikat penerbangan tersebut, ko hidang nasi lemak tak cukup korum cenggitu kat Chef kita ni..Harapnya dptlah dipertingkatkan ye selepas ni. Ok dah punya panjang bebel, sebenarnya aku nak share resepi nasi lemak yang selalu aku buat.Agak senang nak buat,xdelah renyah sgt walaupun sejam lebih jugakla nak siapkannya, dan rasanya sedap taw,sampaikan tiap kali suami makan tiap kali tu lah dia suruh aku jual nasi lemak..hadoila. abesla bisnes makcik odah makcik peah makcik salbiah kat tepi jalan sana kalau aku meniaga juga..kihkih…resepi ni aku ambil kat internet juga tapi aku tak ingat dah kat mana sebab dah lama sangat. Pastu aku dah olah sendiri mengikut selera anak tekakku sebab dalam masak lauk pauk ni bagiku xde dosa pun kalau nak ubah terlebih ke terkurang ke asal sodaaap…tak gitu? ok dah, jom tengok..

Nasi Lemak Mudah, Sarapan Hebat
Oleh : CikPuanIda

Nasi Lemak:
Bahan2:
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan santan kotak (aku letak je semua sekotak 200ml tu)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpulkan
 Cara2:
1.   Basuh beras di dalam periuk rice cooker seperti biasa dan toskan airnya.
2.   Di dalam mangkuk yang lain tuangkan santan kotak sehingga habis. Kemudian tambahkan air untuk mencairkan santan tadi. Kacau adunan santan dan air sehingga sebati.Masukkan garam.Kacau sebati.
3.   Tuang santan tadi ke dalam beras sehingga menutupi permukaan beras. Sekiranya tidak mencukupi tambah air. Sukat campuran air dan santan tadi seperti memasak nasi biasa. Lebih senang guna jari.
4.   Masak adunan nasi lemak tadi di atas rice cooker seperti biasa. Sesudah suis masak atau cook bertukar kepada warm, ambil senduk nasi dan gaulkan sedikit nasi lemak yang sudah dimasak. Dan tekan semula suis masak atau cook kembali.
5.   Nasi akan dimasak semula tapi kali ni lebih kering dan tidak melekat. Biarkan suis warm berlalu lebih 30 minit untuk mendapatkan nasi lemak yang enak.

Formulanya macam ni kalau nak senang :
2 cwn beras = 2 cwn air = 1 cwn santan
  
Sambal Tumis
Bahan2 :
1 cawan ikan bilis ~ dikopek dan dicuci bersih (aku suka ikan bilis jepun yg kecik2 tu)
4 sudu besar cili kering kisar/cili boh
1 sudu air asam jawa
Gula, garam & aji (jika suka) secukup rasa
½  cawan air
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
(Biasanya aku memang dah siapkan bahan kisar dan simpan dalam petisejuk,bila nak pakai senang,keluarkan aje. Utk resepi ni aku ambil bahan kisar ni kuantiti sama banyak dengan cili boh iaitu 4 sudu besar)

Cara2:
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing & ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (ini boleh menambah kesedapan sambal tumis) tumiskan bahan2 kisar & cili kisar sehingga terbit minyak. Kalau nak sambal yang lebih  sedap, biar tumis ni lama-lama sikit xpe,sampai agak garing, barulah ditambah air asam jawa/asam jawa paste. Kacau sekejap.
3. Tambahkan gula, garam & aji (jika suka).Biarkan masak seketika.
4. Masukkan sedikit air & biarkan mendidih. Bila nampak sambal terbit minyak . Kalau suka ikan bilis dimasukkan terus, boleh masukkan ikan bilis yang digoreng tadi . Boleh juga kalau taknak dimasukkan bilis goreng & hidang bilis yang garing tadi berasingan semasa makan. Terpulanglah pada selera masing2.

Sekarang, bolehlah dihidang nasi bersama sambal, ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Hmm..nyum3 membayangkannya pun dah buat terliur. Esok kena buat nih. Yess!!

Bagiku,  nasi lemak yang sempurna wajib ada;
  1.  Nasi Lemak
  2.  Sambal Tumis
  3.  Ikan Bilis
  4. Telur rebus
  5. Timun
Kalau nak tambah yang lain2 macam kacang ke ayam goreng ke sambal sotong ke sukati kau lah.Asal sodaaapp....

Tips dapur :
  1. Kisar  bawang merah+besar+putih dalam nisbah 4:2:1. Kisar siap2 banyak2 lepas tu boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Jadi bila nak guna untuk tumisan cuma keluarkan je banyak mana yang kita nak dan boleh masak je. Tak payah susah2 kopek bawang setiap kali nak tumis. (sebab aku suka masakan tumis2)
  2. Kalau guna asam jawa yang biji tu, kena masukkan sedikit asam jawa dalam mangkuk kecil, letak air sedikit lepas tu ramas2 supaya perisa asam jawa tu keluar dan tinggal betul2 bijinya sahaja. Ambil air asam jawa dan bijinya tu dibuang. Buang biji tu jangan dimasak sekali pulak. 



Ok dah, nak tidur esok pagi nak buat nasi lemak. Yahooo!!
Selamat Malam.Tata. 


Thursday 6 February 2014

Ayam Bakar Madu Yang Mudah Hanya Guna Pemanggang Ajaib

Hai.

Assalamualaikum.

Ayam Bakar/Pangggang/Grill atau apa2 jelah namanya memang menjadi kesukaanku dan keluarga. Selalunya kami buat bila adakan program ‘bakar-bakar’. Apa..Bakar?...Bakar apa?...Bakar rumah ke? Eh bukan…bakar ayam lah...program ’bakar-bakar’ ni biasanya kami plan 2,3 hari sebelumnya, bila nak buat, apa yang nak dibakar, ayam ke ikan ke pastu nak jemput sesapa ke nak memeriahkan suasana..ha camtula. Buat depan rumah je pun dan selalunya memang sekeluarga dan ada juga mengajak mak sedara dan sepupu yang duduk dekat. Baru-baru ni pun kami baru wat program ni, sesaja memandangkan sekeluarga kami ada di rumah sempena cuti tahun baru cina. Buat pada 31/1 dan juga kononnya sempena menyambut birthday orang baru dlm keluarga kami a.k.a suamiku yang tercinta yang ke 26 tahun sehari sebelumnya tu (30/1). Heheh. Pada hari tu juga aku ada buat kek butter pelangi nanti aku cadang nak tepek gak kat sini resepinya.

Okeh punya panjang mukadimahnya. Sebenarnya aku nak share tentang ayam bakar yang aku buat tanpa perlu membakar arang, mengipas2, dan sewaktu dengannya. Macam mana tu? Ok sebenarnya dragonball ada tujuh biji semuanya…eeh..bukan…sebenarnya harini aku ade buat ayam bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib Cynthia Cooker kepunyaan my mum. Beliau memang tak guna pun pemanggang tu, beli je pastu terperap dalam lemari tu. Baik la aku guna. Tapi sesuai la kalu setakat untuk makan 3,4 orang sebab periuknya takdelah muat nak panggang banyak2 sangat. Ok seperti biasa aku hanya guna resepi yang mudah bagiku, heheh…

                                   Ini lah pemanggang Cynthia Cooker my mum punya.

Menu : Ayam Bakar Madu Yang Sedap
Oleh  : CikPuanIda 
Bahan2 :
5 ketul  ayam sederhana besar
4biji Bawang putih
2biji Bawang merah
½ inci Halia
1 ½   sudu besar cili boh (kalau nak sedikit pedas)
1 ½   sudu besar serbuk lada hitam yang telah dikisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1  sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram (tak ada jadi aku tambah 1 sudu lagi kicap manis)
½ sudu kecil garam halus
1 sudu besar  marjerin
(semua kuantiti bahan boleh dikurang atau ditambah mengikut selera anda)

Cara2:
1.Kisar bawang putih+merah+halia.
2. Masukkan ayam kedalam mangkuk besar. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sampai sebati. Tutup mangkuk .Boleh juga kalau nak bungkus dalam plastik dan diikat.
3.Masukkan dalam petiais bahagian chiller. Perapkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Seelok-eloknya semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
4. Apabila nak masak, keluarkan dari petiais dan sebelum bakar,sapu sedikit marjerin pada sekeliling ayam. Letak sedikit minyak dalam periuk tapi kalau tak nak pun takpe. Bolehlah dipanggang dalam periuk pemanggang ajaib. Masak selama lebih kurang 15minit. Sesekali boleh buka dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
5. Sedia untuk dihidangkan. Boleh diratah ayam sahaja ataupun dimakan bersama nasi.


                                         Ayam dah siap gaul nak perap dalam petiais.



                                                   Ayam sedia untuk dipanggang.


                         Ini masa tengah balik-balikkan ayam.Dah agak masak dah masa ni.

Final looks memang tak sempat snap sebab tak sabar sangat dah nak makan..hahaha gelojoh sungguh...Masakan ni memang mudah dan memang sedap. Kami makan bertiga je masa tu , aku,mi dan aboh aku...adik aku lagi sorang tak sempat makan sibuk sangat baca komik. Haha tu pun tak cukup. Nanti cadang nak buat lagi lah.

Nyum3x..terngiang-ngiang lagi rasa ayam tu di lidah ni. Aik? Terngiang-ngiang??..hentam sajalah labuu..Haha…


Tata.

Sunday 26 January 2014

Post Nombor Satu

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah.


Assalamualaikum..

Akhirnya berjaya juga buat blog setelah sekian lama mengidam nak ada blog sendiri. Setelah bertahun-tahun baca blog orang lain,keinginan untuk mempunyai blog sendiri tu makin kuat. Walaupun takdela pandai sangat pasal internet ni, ilmu pun hanya seciput tapi lepas digodek-godek akhirnya jadi juga.


Sebenarnya ada beberapa tujuan aku buat blog ni. Yang pertama, boleh dijadikan kenangan dan tatapan dihari muka. Bukan semua benda kita lakukan harini kita akan ingat kan. Kalau aku tulis kat sini, besok besok nak remind balik, buka je blog...tak gitu? Lagipun, banyak benda rasanya dalam kehidupan kita ni yang boleh kita kongsi dengan orang lain untuk kebaikan bersama. Jadi aku fikir mungkin ilmu kita kongsi tu yang kita dah memang sedia tahu tapi bagi orang lain yang masih tercari-cari ilmu seciput kita tu mungkin sangat bermakna pada mereka.(Perasan je ade orang nak baca blog kau,xpelah aku baca sorang xde hal..hehe) 


(Sebab yang last, suami galakkan dan SURUH buat blog,kelakar kan? ade motip ler tuuuu.. eh gurau je,ampun suamiku,i love u ^_^ )


Masih duk pikir nak tulis apa dulu ek? Harapnya aku rajinla menulis kat sini nanti.

Babai.