Thursday, 13 February 2014

Nasi Lemak Mudah, Sarapan hebat

Hai.

Assalamualaikum.

Sapa suka makan nasi lemak…angkat tangann (gaya guru tadika) hehehe..actually siapa yang tak suka makan nasi lemak. Makanan tradisi kita rakyat Malaysia tu. Kalau jadi orang Malaysia dan Melayu terutamanya tapi tak pernah makan nasi lemak tu membohong lah namanya tuu. Even now Nasi Lemak has become our signature food dan pelancong yang datang ke Malaysia yang tidak merasai nasi lemak kita ni memang tak lengkap percutiannya itu.Haaa betapa hebatnya nasi lemak kita. And even ade kes baru-baru ni Chef Wan ,chef selebriti kita tu telah memberi komen terhadap nasi lemak yang disajikan sebuah syarikat penerbangan sebagai “nasi lemak telanjang” dek kerana nasi lemak yang dihidangkan kepadanya sewaktu penerbangan tu tak cukup syarat.Kalau tak silap, ade nasi lemak, sambal dan telur mata je sebijik. Ish2…memang kene la syarikat penerbangan tersebut, ko hidang nasi lemak tak cukup korum cenggitu kat Chef kita ni..Harapnya dptlah dipertingkatkan ye selepas ni. Ok dah punya panjang bebel, sebenarnya aku nak share resepi nasi lemak yang selalu aku buat.Agak senang nak buat,xdelah renyah sgt walaupun sejam lebih jugakla nak siapkannya, dan rasanya sedap taw,sampaikan tiap kali suami makan tiap kali tu lah dia suruh aku jual nasi lemak..hadoila. abesla bisnes makcik odah makcik peah makcik salbiah kat tepi jalan sana kalau aku meniaga juga..kihkih…resepi ni aku ambil kat internet juga tapi aku tak ingat dah kat mana sebab dah lama sangat. Pastu aku dah olah sendiri mengikut selera anak tekakku sebab dalam masak lauk pauk ni bagiku xde dosa pun kalau nak ubah terlebih ke terkurang ke asal sodaaap…tak gitu? ok dah, jom tengok..

Nasi Lemak Mudah, Sarapan Hebat
Oleh : CikPuanIda

Nasi Lemak:
Bahan2:
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan santan kotak (aku letak je semua sekotak 200ml tu)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpulkan
 Cara2:
1.   Basuh beras di dalam periuk rice cooker seperti biasa dan toskan airnya.
2.   Di dalam mangkuk yang lain tuangkan santan kotak sehingga habis. Kemudian tambahkan air untuk mencairkan santan tadi. Kacau adunan santan dan air sehingga sebati.Masukkan garam.Kacau sebati.
3.   Tuang santan tadi ke dalam beras sehingga menutupi permukaan beras. Sekiranya tidak mencukupi tambah air. Sukat campuran air dan santan tadi seperti memasak nasi biasa. Lebih senang guna jari.
4.   Masak adunan nasi lemak tadi di atas rice cooker seperti biasa. Sesudah suis masak atau cook bertukar kepada warm, ambil senduk nasi dan gaulkan sedikit nasi lemak yang sudah dimasak. Dan tekan semula suis masak atau cook kembali.
5.   Nasi akan dimasak semula tapi kali ni lebih kering dan tidak melekat. Biarkan suis warm berlalu lebih 30 minit untuk mendapatkan nasi lemak yang enak.

Formulanya macam ni kalau nak senang :
2 cwn beras = 2 cwn air = 1 cwn santan
  
Sambal Tumis
Bahan2 :
1 cawan ikan bilis ~ dikopek dan dicuci bersih (aku suka ikan bilis jepun yg kecik2 tu)
4 sudu besar cili kering kisar/cili boh
1 sudu air asam jawa
Gula, garam & aji (jika suka) secukup rasa
½  cawan air
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
(Biasanya aku memang dah siapkan bahan kisar dan simpan dalam petisejuk,bila nak pakai senang,keluarkan aje. Utk resepi ni aku ambil bahan kisar ni kuantiti sama banyak dengan cili boh iaitu 4 sudu besar)

Cara2:
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing & ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (ini boleh menambah kesedapan sambal tumis) tumiskan bahan2 kisar & cili kisar sehingga terbit minyak. Kalau nak sambal yang lebih  sedap, biar tumis ni lama-lama sikit xpe,sampai agak garing, barulah ditambah air asam jawa/asam jawa paste. Kacau sekejap.
3. Tambahkan gula, garam & aji (jika suka).Biarkan masak seketika.
4. Masukkan sedikit air & biarkan mendidih. Bila nampak sambal terbit minyak . Kalau suka ikan bilis dimasukkan terus, boleh masukkan ikan bilis yang digoreng tadi . Boleh juga kalau taknak dimasukkan bilis goreng & hidang bilis yang garing tadi berasingan semasa makan. Terpulanglah pada selera masing2.

Sekarang, bolehlah dihidang nasi bersama sambal, ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun. Hmm..nyum3 membayangkannya pun dah buat terliur. Esok kena buat nih. Yess!!

Bagiku,  nasi lemak yang sempurna wajib ada;
  1.  Nasi Lemak
  2.  Sambal Tumis
  3.  Ikan Bilis
  4. Telur rebus
  5. Timun
Kalau nak tambah yang lain2 macam kacang ke ayam goreng ke sambal sotong ke sukati kau lah.Asal sodaaapp....

Tips dapur :
  1. Kisar  bawang merah+besar+putih dalam nisbah 4:2:1. Kisar siap2 banyak2 lepas tu boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Jadi bila nak guna untuk tumisan cuma keluarkan je banyak mana yang kita nak dan boleh masak je. Tak payah susah2 kopek bawang setiap kali nak tumis. (sebab aku suka masakan tumis2)
  2. Kalau guna asam jawa yang biji tu, kena masukkan sedikit asam jawa dalam mangkuk kecil, letak air sedikit lepas tu ramas2 supaya perisa asam jawa tu keluar dan tinggal betul2 bijinya sahaja. Ambil air asam jawa dan bijinya tu dibuang. Buang biji tu jangan dimasak sekali pulak. 



Ok dah, nak tidur esok pagi nak buat nasi lemak. Yahooo!!
Selamat Malam.Tata. 


5 comments:

Anonymous said...

sedapnyaaa....

mary said...

Resepi ni lbh kurang mcm myresepi.com.

Daud Mohamad said...

Salam, terima kasih atas resepinya..

Unknown said...

Memang terbaiklah kak..oi

Unknown said...

Boleh try ni...