Thursday, 6 February 2014

Ayam Bakar Madu Yang Mudah Hanya Guna Pemanggang Ajaib

Hai.

Assalamualaikum.

Ayam Bakar/Pangggang/Grill atau apa2 jelah namanya memang menjadi kesukaanku dan keluarga. Selalunya kami buat bila adakan program ‘bakar-bakar’. Apa..Bakar?...Bakar apa?...Bakar rumah ke? Eh bukan…bakar ayam lah...program ’bakar-bakar’ ni biasanya kami plan 2,3 hari sebelumnya, bila nak buat, apa yang nak dibakar, ayam ke ikan ke pastu nak jemput sesapa ke nak memeriahkan suasana..ha camtula. Buat depan rumah je pun dan selalunya memang sekeluarga dan ada juga mengajak mak sedara dan sepupu yang duduk dekat. Baru-baru ni pun kami baru wat program ni, sesaja memandangkan sekeluarga kami ada di rumah sempena cuti tahun baru cina. Buat pada 31/1 dan juga kononnya sempena menyambut birthday orang baru dlm keluarga kami a.k.a suamiku yang tercinta yang ke 26 tahun sehari sebelumnya tu (30/1). Heheh. Pada hari tu juga aku ada buat kek butter pelangi nanti aku cadang nak tepek gak kat sini resepinya.

Okeh punya panjang mukadimahnya. Sebenarnya aku nak share tentang ayam bakar yang aku buat tanpa perlu membakar arang, mengipas2, dan sewaktu dengannya. Macam mana tu? Ok sebenarnya dragonball ada tujuh biji semuanya…eeh..bukan…sebenarnya harini aku ade buat ayam bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib Cynthia Cooker kepunyaan my mum. Beliau memang tak guna pun pemanggang tu, beli je pastu terperap dalam lemari tu. Baik la aku guna. Tapi sesuai la kalu setakat untuk makan 3,4 orang sebab periuknya takdelah muat nak panggang banyak2 sangat. Ok seperti biasa aku hanya guna resepi yang mudah bagiku, heheh…

                                   Ini lah pemanggang Cynthia Cooker my mum punya.

Menu : Ayam Bakar Madu Yang Sedap
Oleh  : CikPuanIda 
Bahan2 :
5 ketul  ayam sederhana besar
4biji Bawang putih
2biji Bawang merah
½ inci Halia
1 ½   sudu besar cili boh (kalau nak sedikit pedas)
1 ½   sudu besar serbuk lada hitam yang telah dikisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1  sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram (tak ada jadi aku tambah 1 sudu lagi kicap manis)
½ sudu kecil garam halus
1 sudu besar  marjerin
(semua kuantiti bahan boleh dikurang atau ditambah mengikut selera anda)

Cara2:
1.Kisar bawang putih+merah+halia.
2. Masukkan ayam kedalam mangkuk besar. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sampai sebati. Tutup mangkuk .Boleh juga kalau nak bungkus dalam plastik dan diikat.
3.Masukkan dalam petiais bahagian chiller. Perapkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Seelok-eloknya semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
4. Apabila nak masak, keluarkan dari petiais dan sebelum bakar,sapu sedikit marjerin pada sekeliling ayam. Letak sedikit minyak dalam periuk tapi kalau tak nak pun takpe. Bolehlah dipanggang dalam periuk pemanggang ajaib. Masak selama lebih kurang 15minit. Sesekali boleh buka dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
5. Sedia untuk dihidangkan. Boleh diratah ayam sahaja ataupun dimakan bersama nasi.


                                         Ayam dah siap gaul nak perap dalam petiais.



                                                   Ayam sedia untuk dipanggang.


                         Ini masa tengah balik-balikkan ayam.Dah agak masak dah masa ni.

Final looks memang tak sempat snap sebab tak sabar sangat dah nak makan..hahaha gelojoh sungguh...Masakan ni memang mudah dan memang sedap. Kami makan bertiga je masa tu , aku,mi dan aboh aku...adik aku lagi sorang tak sempat makan sibuk sangat baca komik. Haha tu pun tak cukup. Nanti cadang nak buat lagi lah.

Nyum3x..terngiang-ngiang lagi rasa ayam tu di lidah ni. Aik? Terngiang-ngiang??..hentam sajalah labuu..Haha…


Tata.

No comments: