Hai.
Lamanya tak menaip kat sini. Niat ada tapi macam macam lah halangan. Dari start kerja, pjj ngn suami, mengandung sekarang dah selamat melahirkan pun. Cuti bersalin pun hanya tinggal seminggu je lagi. Banyak nak cerita ni, tentang pengalaman mengandung, bersalin, berpantang dan penyusuan. Sekarang tengah sibuk menimba ilmu tentang penyusuan dan membiasakan diri menjadi ibu. Aku berazam nak menyusukan anak aku Adam Haikal secara penuh (fully breastfeed) selama yang boleh sekurang-kurangnya sehingga Adam berusia 6 bulan.
Nanti nanti ada masa aku akan cerita satu persatu. Moga aku diberi kerajinan hihi.
Auf Wiedersehen (Jumpa lagi)..
Wednesday, 5 August 2015
Setelah sekian lama.
Seorang isteri dan ibu kepada seorang putera hati. Masih bertatih mencari halatuju kehidupan. Mula berblog Jan 2014 sekadar mengisi masa terluang.
Kursus Induksi
Assalamualaikum.
Perasaan teruja,berat hati,sedih,risau bercampur baur
sebenarnya sekarang ni. Teruja sebab hujung minggu ni aku dijadualkan untuk
pergi ke Kursus Induksi dan Kursus Asas Keimigresenan di Akademi Imigresen
Malaysia (AIMM) di Port Dickson, setelah menundanya tahun lepas kerana
mengandung. Kalau dulu di waktu single,belum berkahwin atau belum ada anak aku
memang sangat sukakan aktiviti sebegini namun kini rasa keterujaan itu telah
ditenggelamkan oleh rasa berat hati, sedih,risau kerana terpaksa meninggalkan
anakku,Adam Haikal yang baru berusia 7 bulan lebih selama sebulan lamanya,dahla
masih menyusu badan..aduiiii resah hati mama dibuatnya.
Memang ramai yang bertanyakan tentang anak aku bila aku gi
kursus nanti. Ada yang selitkan pertanyaan tu dalam nada provokasi pun ada juga..”Nanti
pergi kursus mesti rindu anak” Perlu ke cakap macam tu, kenkadang takde motif
lah diorang ni dalam menuturkan kata. Ofcozlah
rindukan anak, masa belum ada anak dulu dan ber’PJJ’ dengan suami dulu
pun dah rindu suami setengah mati, ini
pulak anak yang kita kandung dan jaga selama ini. Tapi aku buat endah tak endah
saja perasaan itu,takut dilayan perasaan kang ada yang cancel pergi kursus
kang. Tapi nak buat mcm mana dilema ibu bekerjaya memang macam ni. Lagi lambat
kursus lagi lambat ‘confirm’ jawatannya. Exam dua dua dah lulus cuma tunggu
setel kursus sahaja lepas tu boleh ‘confirm’….. Haishh…
Adam pun kami berdua(papa dan mama dia) telah memesan
berulangkali supaya mahu minum susu tepung dan tinggal baik-baik dengan wan dan
aki nya nanti sepanjang mama berkursus. Walaupun Adam tak faham apa-apa sebab
baru 7 bulan lebih tapi mungkin sikit sebanyak ianya tertanam dalam minda
separa sedarnya tu..(macam pakar motivasi je ayat aku..huuu)
Kelengkapan rasanya dah lengkap. Kelengkapan mengepam harus
dibawa juga sekadar nak melegakan daripada mengalami bengkak susu. Nak simpan susu
yang diperah kang leceh pula. Dengan jadual yang sangat-sangat padat dan
ketidakbolehan menerima pelawat dan juga keluar dari situ sepanjang kursus. Cuma
masih berfikir-fikir nak minta ‘excuse’atau tidak daripada melakukan aktivit
lasak kerana baru lepas bersalin,anak baru 7bulan. Tapi mungkin aku cuba dulu
lah kalau tak larat atau rasa risau kesihatan diri nanti baru aku mintak ‘excuse’.
Semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalani kursus
ni dan meninggalkan anak tersayang di bawah jagaan papa serta wan dan aki nya
di kampung.
Dan juga semoga ditabahkan hati untuk tidak menangis nanti bilamana aku terpaksa mengepam susu dan
seterusnya susu tersebut terpaksa dibuang. Waaaa….
Adam Haikal 7 bulan setengah
Labels:
kursus
Seorang isteri dan ibu kepada seorang putera hati. Masih bertatih mencari halatuju kehidupan. Mula berblog Jan 2014 sekadar mengisi masa terluang.
Subscribe to:
Posts (Atom)