Friday 28 March 2014

Temuduga SPA Pegawai Imigresen KP17 23Mac2014

Assalamualaikum.
Hai semua.

Setelah lama tak menulis harini ida nak share pengalaman ida interview suruhanjaya perkhidmatan awam(SPA) untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17.
Tarikh: 23/3/2014
Hari:Ahad
Tempat: Putrajaya.
Masa: 8pagi

Ida terima surat panggilan lebih kurang 2  minggu sebelum tarikh interview.Mula2 dapat sms ,pastu ida check kat email,memang sah panggilan interview. Beberapa hari kemudian sampailah surat panggilan ke alamat rumah ida. Perasaan masa dapat tahu dipanggil interview? Takde perasaan sangat, ada sikit perasaan suka, berharap, tapi tidak terlalu berharap sebab ni kali keempat dipanggil interview SPA, semuanya gred 17 tapi jawatan lain-lain lah. Pertama dan kedua gagal, yang ketiga ida tak hadir sebab masa tu agak berputus asa. huhu. Kali ni ida pergi jugalah sebab my mum bebel2 dan nasihat jangan putus asa. Ida bukan apa bosan juga dengan pertikaian penemuduga sebab ida lulusan ijazah tapi mohon jawatan gred spm. Pulak tu masa interview suruh pulak kita mintak jawatan selaras lulusan ijazah kat jobmalaysia lah apa lah. Kita penat2 pergi interview tapi ditolak secara halus macam tu geram juga. Rasa nak je jawab macam ni " Kalau saya tak hendakkan kerja ni takdelah saya mintak kat SPA ni. Saya tak kisah langsung kerja gred spm asalkan dapat kerja kerajaan. Kalau puan kisahkan sangat pasal ijazah saya ni, kenapa panggil lulusan ijazah macam saya ni datang interview? Buat susah je dahla datang sini pinjam kereta kawan" Huhu malangnya jawab dalam hati saja. Muka maintain senyum walau hati geraaaam sangat. Sape2 ada idea nak balas kalau diorg pertikai camni share lah ye. Jawapan yang sopan tapi tegas. haha lari topik jap.


Ok hari ahad tu suami ida tak keje jadinya dia lah yg hantar sampai putrajaya tu. Ok untuk jawatan ni ada ujian  fizikal jadinya pergi terus berpakaian sukan. Ujian fizikal tu termasuk BMI, pancaindera,rabun warna, dan kawad. Bawak pakaian sopan aka baju kurung kasut tutup dalam beg. Ujian fizikal di tingkat 7.Tengok agak ramai juga mungkin dekat 100orang. Diberi borang, nombor dan diberi taklimat dahulu. Ada 3 orang pegawai, 2orang perempuan, 1orang lelaki. Ida nombor 9. Oh ya, ujian fizikal ni wajib lulus semua sekali kalau gagal mana2 bahagian dikira gagal terus taw. Semua agak cuak haha. Mula2 sekali ujian BMI (Body Mass Index) syaratnya perlulah antara 19-26. Yang ni ida lulus BMI ida 25.33 sikiiit je lagi nasib baik lepas. Second ujian rabun warna, yang ni pun ida lepas, syukur. Third ujian mata,syarat harus lulus 6/9 ini pun lepas ida memang tak rabun. Yang last,dia panggil sorang-sorang  masuk dalam bilik. Dalam tu ada 2 pegawai perempuan, dia suruh buka baju dan tudung dan seluar disingkap sampai lutut (setakat aurat perempuan islam lah). dia check badan, dia ada tanya ada buat pemebedahan apa2 tak,ida jawab la xde. dia suruh depakan tangan nak check tangan ada bengkok ke tak. Pastu dia suruh pakai baju dan dia tanya boleh kawad tak ? ida jawablah boleh dan disuruh kawad. ida kawad jelah (seperti yang aku practice semalam dgn suamiku hahaha) Alhamdullilah ida lulus ujian fizikal dan disuruh ke tingkat 6 untuk sesi temuduga pula. Lega sekejap.

Sebelum ida tu, ida tengok ramai juga yang tak lepas baik lelaki ataupun perempuan. Nasib ida lepas.
(Penat aku diet tipu-tipu seminggu haha)

Ida turun tingkat 6, masuk toilet tukar pakai baju kurung kasut tutup dan daftar untuk temuduga pula. Ok masa ni dah start berdebar. Tengok ada 2 orang je perempuan dan 1 orang lelaki yang tengah tunggu giliran, Kiranya ramai yang tak lepas la ujian fizikal tadi. Baca2 sikit sambil berdebar pastu nombor ida dipanggil.
Masuk bagi salam dan ucap selamat pagi (ini tips ok), bagi sijil dan salinan sijil pastu duduk di kerusi di depan diorang. Ida tak berapa ingat sangat soalan diorang tapi inilah lebih kurang.

P:Penemuduga, I: Ida

P:Ceritakan tentang diri awak.
I: Nama saya bla...bla..bla..

P:Awak ada ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia, keputusan spm awak cemerlang,tapi awak mohon jawatan ni? (soalan ini dah memang sudah diagak)
I: (goreng saja)

P: Awak dah berkahwin ye? (belek2 kertas apa ntah)
I: Ya tuan.

P: Suami kerja apa?
I. Bla..bla..

P: Apa persediaan awak sebelum datang temuduga?
I: Saya buka laman web imigresen dan cari maklumat tentang jabatan imigresen dan saya juga baca pengalaman orang yang telah datang temuduga sebelum ini..bla..blaa....

P: Awak buka website kan? Apa yang awak jumpa kat situ?
I: Saya baca tentang fungsi jabatan, tentang akta dan undang2, tentang passport, tentang carta organisasi..bla..bla....

P: Jabatan Imigresen ni bawah kementerian apa dan siapa menterinya?
I : Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

P: Siapa Pengarahnya pula?
I: Pn Aloyah Bt Mamat.

P: Jika puan ida bekerja nanti, ketua puan menyuruh puan melakukan sesuatu bukan mengikut prosedur, apa yang puan akan buat?
I: (sedaya-upaya aku menjawab walaupun mereka cuba mempertikaikan jawapan aku..fuuhh)

Lepas tu bagi soalan KBKK pula. Memang tak aku jangka dan jawapan pun ikut terlintas dikepala aja. Memang menyesal tak prepare bab ni.

P: Ramai orang awam menyalahkan imigresen atas sebab kebanjiran PATI di Malaysia, apa pendapat puan ida?
I :(goreng sajaaaa)

P: Penjawat awam ni ramai dekat 1.4juta,rakyat malaysia pula lebih 24 juta, dah ramai dah ni kenapa masih susah lagi nak atasi masalah PATI ni? Dahla bayar gaji banyak kat penjawat awam ni.
I : (goreng lagiiii)

P:Apa pendapat puan ida untuk mengurangkan kebergantungan PATI dalam industri negara kita? Contoh macam dekat kilang2, restoran2, ladang2?
I: (gorenglah apa lagi sampai tak terjawab xde idea..waa nak nangis rasa)

Rasanya tu lah lebih kurang. Sebenarnya soalan dia bukan sebiji-sebiji,tapi soalan seterusnya lebih kepada respon kepada jawapan kita.Seolah macam bertali-tali gitu. Dan mereka mungkin akan cuba mematahkan hujah kita. .Jadi berhati2 semasa menjawab. Cubalah sedaya upaya untuk jawab. Kalau tak tahu jawab jelah tak tahu. Sebab mereka ni orang atasan dalam Jabatan Imigresen dan mungkin ada ilmu psikologi dan tahu kalau kita menipu.


Usaha sudah, sekarang doa dan tawakal saja. Keputusan 30/4/2014. Doakan ida ye.


UPDATED 8/4/2014 : 
-Result dah keluar semalam(7/4/2014).  Nak tahu ida dapat ke tak baca sini